SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BARU

smkbb2.gif (22183 bytes)

indamanright.gif (6856 bytes)

JALAN BUKIT BERUANG
75450 MELAKA


LATARBELAKANG
SEJARAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru (SMKBB) ini telah siap dibina pada 10 Mei 1993 hasil daripada permintaan penduduk tempatan. Majlis penyerahan bangunan SMKBB ini telah diadakan pada 26 Jun 1993 setelah ianya disiapkan oleh Kontraktor Mohd. Ghaus Enterprise. Majlis ini diwakili oleh Jabatan Kerja Raya, Encik Zaid bin Ali dan pihak Jabatan Pendidikan Melaka oleh Tuan Haji Isa bin Abu Pada 2 Julai 1993, Pengarah Pendidikan telah mencadangkan agar penggunaan SMKBB ini dibuka mulai sesi persekolahan 1993/1994. Jabatan Pendidikan Melaka telah melantik Tuan Haji Othman bin Haji Hassan, Pengetua Sekolah Menengah Tun Perak untuk bertindak sebagai `caretaker' Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru.Tuan Haji Othman bin Haji Hassan telah pun menamatkan tugasnya pada 1 April 1998 dan kini pengetua baru Smkbb ialah Puan Hajah Hazizah binti Md. Salleh.